Monday, April 15, 2019

ARPRM MASUK KE KOLEJ VOKASIONAL PASIR PUTEH




PASIR PUTEH, 9 OGOS 2018 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh telah di beri peluang oleh pihak pengurusan Kolej Vokasional Pasir Puteh untuk memberi taklimat Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) pada 8 Ogos 2018 lalu.


Taklimat telah di sampaikan oleh pemimpin ARPRM iaitu En Mazlan bin Jaafar daripada St John Ambulan Kawasan Kelantan Timur  kepada 50 orang pelajar kolej tersebut. Turut hadir sama Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh, Encik Muhammad Shafiq bin Ahmad Said.

Cikgu Hisham berasakan pembelajaran dalam bidang vokasional perakaunan dan pertanian boleh diselitkan dalam salah satu komponen ARPRM dan pelajar dapat membentuk ketrampilan dan keyakinan dalam diri mereka.



Salah seorang pelajar, Raja Azam sempat ditemui berkata” dia rela hati ingin mendengar taklimat ini dan akan menyertai ARPRM kerana eleman kemasyarakatan, sukan,kemahiran dan penjelajahan amat menarik minat beliau dan cuba pratikkan hasil itu ke dalam buku log”

No comments:

Post a Comment